"KEMBARA ini mengajarku bahawa rezeki tidak akan dapat diambil oleh orang lain, maka aku perlu bertenang dan tidak perlu menyibuk dengan rezeki orang lain...
KEMBARA ini juga mengajarku bahawa amal ibadatku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku mesti hiasi kehidupanku dengan amal soleh...
KEMBARA ini juga menyatakan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan pengembaraanku, maka aku mesti menjadi pemandu arah yang memilih jalan yang benar...
KEMBARA ini takkan berakhir meskipun kematian tidak pernah berhenti menungguku, kerna kematian itu akan menjadi permulaan bagi KEMBARA yang kekal selama-lamanya..."

Ahad, 17 Jun 2012

BismillahirRahmanirRahim..

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Blog ini adalah hasil pemikiran saya yang ingin diluahkan kepada para pembaca. Saya adalah seorang yang sangat suka berborak & bersosial di laman sosial. Oleh kerana masa banyak dihabiskan di office, so medium yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan idea2 yang konon-kononnya bernas ni adalah facebook, twitter, myspace, & banyak lagi laman sosial yang lain.






Gambar2 di atas sekadar hiasan je

Tapi, akhir-akhir ni office da block la pulak laman-laman sosial ni. Nak meningkatkan lagi tahap effiency kerja dikalangan staff la kot. Takpe la, tu hak diorang, internet diorang, komputer diorang, mouse diorang, keyboard ni pun diorang punya. Saya cuma menumpang rezeki je kat sini.

Walau apa pun, setelah berfikir dan mengenepikan sifat pemalas yang ada dalam diri ni, saya memilih untuk buat blog ni...haha..ya! saya memang pemalas...tido lagi best..


Gambar ni pun hiasan jugak

Sekadar peringatan, blog ni saya jadikan sebagai 1 tempat untuk bercerita pasal apa-apa pun idea atau isu-isu semasa, kalau takde orang baca sekalipun, anak cucu saya mesti baca nya satu hari nanti. So kalau ada sapa2 yang tak suka atau boring dengan blog ni, nampak tak tanda pangkah kat skrin atas sebelah kanan tu? Haaa sila lah tekan ye...

Kepada yang membaca, terima kasih dan jangan segan silu nak komen apa-apa ya. Sama ada komen baik atau tak, lantak korang la. Jari korang yang taip kan..takde hal punye..
Selamat membaca!

P/S: kadang-kadang malas nak taip penuh2, so akan ada general shortform yang digunakan dalam blog ini. Lagi satu, kadang2 akan ada campur2 bahasa Malaysia dgn English. So, harap2 korang faham la ye..

Assalamualaikum!