Assalamualaikum! Salam sejahtera..
Sekarang ni setiap post nak kena ada 'salam sejahtera'...kenapa? hehehehe...nanti cite....
Ok, so selepas beberapa bulan yang sangat sibuk dengan audit matters di tempat kerja, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, sebagai Account Executive yang sangat mengambil berat soal kerja, saya tidak lah dapat meluangkan masa untuk berblogging mahupun nak buka Facebook. So, boleh dikatakan saya amatlah ketinggalan dalam isu-isu semasa yang melanda dunia masa kini. Banyak info-info terbaru dari rakan-rakan yang saya tak dapat nak catch up.
Walaubagaimanapun, sekarang ni dah ok sikit la. Dah mula ada masa untuk bersosial di internet. Kenapa? Hehehe...Sebab sekarang saya dah berhenti kerja di Selia Selenggara dan memulakan kerjaya baru dalam bidang yang sangat la lari dari bidang kemahiran saya....EDUCATION!..Hahahahahaha....
Ya! Saya sekarang adalah seorang pendidik merangkap tenaga pengajar anak bangsa Malaysia dan beberapa pelajar Nigeria di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka! Gile beb kalau kenkawan masa belajar dulu tahu tentang benda ni, confirm diorang gelak besar berguling-guling sampai keluar air mata..mane tak nya, dulu, ni lah orang yang paling degil dan tak faham bahasa yang digunakan oleh guru-guru di seluruh Malaysia..Kehehkeh....
Rezeki...Alhamdulillah...tiada ungkapan seindah nya...mungkin inilah yang telah ditakdirkan...dan saya menerimanya dengan penuh redha...
Walau apa pun tanggapan kebanyakan orang, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak syarikat Selia Selenggara terutama kepada En Ab Rahman Ismail dan Pn Munirah Othman yang telah membawa saya kepada syarikat yang sangat baik ini, dan semua jasa baik dan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang 2 tahun saya bersama dengan Selia amatlah saya hargai.
Kepada kakak-kakak senior executive yang banyak membantu saya dan pengetahuan dalam bidang Accounting yang saya pelajari, saya minta halal dan semoga anda semua akan terus berjaya dalam karier masing-masing. Kepada Kak Liz, akak memang banyak membantu saya dari hari pertama saya bekerja dan tak dinafikan yang akak juga lah antara orang yang paling rapat dengan saya sepanjang saya di Selia dan terima kasih di atas semuanya. Kak Nora, akak ibarat 'Super Woman' pada saya di Finance Department tu sebab hampir semua benda akak boleh buat dengan cepat dan superb (yang mana pada saya akak sangat lah layak untuk terima High Performance award tu), dan tak dinafikan, you inspired me a lot! Kak Ila, seorang yang sangat pendiam dan penyabar dan saya sangatlah selesa berurusan dengan akak, hampir setiap masa akak tak pernah kedekut ilmu dan banyak membantu saya walaupun pada masa akak tengah sibuk. Terima kasih sangat2.
Untuk Andrew, walaupun you baru dalam Selia, tapi I rasa mudah untuk mengenali you dan bekerjasama dengan you maybe sebab you sangat friendly dan you sangatlah membantu saya setiap hari especially untuk kira tax tiap2 bulan dalam financial report SSE. Hehehehehe. Andrew, thanks a lot!
Tak dilupakan sahabat karib saya dalam Selia, Kak Marsita yang banyak berkongsi suka dan duka, saya sentiasa doakan semoga akak akan jumpa pengganti yang lebih baik dari saya untuk sama2 berkhidmat di sana. Jangan mudah mengalah, jadikan apa jua cabaran dan dugaan disana sebagai satu perjalanan yang perlu ditempuhi untuk berjaya pada masa akan datang.
Untuk Kak Ros dan Kak Ida, anda adalah pasangan yang sentiasa membuatkan Finance department meriah dengan gelak tawa sambil makan goreng pisang dan roti sardin bentuk tiga segi tu, pengalaman manis bersama anda mustahil untuk saya lupakan. Teruskan usaha untuk menyambung pelajaran, at least kalau boleh sambung lah belajar sampai ada Bachelor in Accounting. Jangan jadikan kelemahan orang lain sebagai batu penghalang untuk kita berjaya.
Untuk Anis dan Ita, korang berdua sangatlah berpotensi untuk terus maju ke depan selagi mana korang tidak berputus asa untuk mengembangkan lagi karier korang dari masa ke semasa. Jangan berhenti untuk belajar, jangan letakkan limit untuk menimba ilmu, kerana ilmu yang ada di sekeliling kita amatlah luas. Jadikan Kak Ros dan Kak Ida sebagai contoh kerana mereka tidak berputus asa untuk terus berjaya di masa hadapan.
Untuk meninggalkan Selia adalah satu perkara yang amat berat untuk dilakukan. Terlalu sukar untuk meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sangatlah baik, apatah lagi dengan kedudukan Selia sebagai sebuah syarikat yang sangat berpotensi untuk berkembang dengan lebih besar. Namun, sebab utama saya meninggalkannya, hanya saya dan Allah SWT sahaja yang tahu. Dan saya berharap agar keputusan yang dibuat diberkati oleh Allah dan mendapat restu untuk terus berjaya di masa akan datang tidak kira lah dalam bidang apa sekalipun.
Untuk entry ini saya tak dapat nak upload gambar insan2 yang disebutkan di atas, atas beberapa masalah teknikal, tapi untuk next entry saya akan upload kan semua gambar nya sebagai penghargaan untuk kenangan yang takkan saya lupakan.
So, lepas ni, dah boleh panggil saya Mr Helmi atau Sir Helmi. Yang mane satu you all rasa yang lagi sesuai?
Hahahahahahahaha........
Assalamualaikum! Salam sejahtera..