Assalamualaikum wbt...salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Melaka Maju Negeri ku sayang and banyak lagi yang sampai tak tersenarai panjangnya kat sini...
Dah banyak bulan rasanya tak sentuh langsung blog ni. Terlalu banyak kekangan yang perlu diselesaikan. Walaupun ia hanya satu blog yang tidak diambil port oleh sape2, tapi begitu lah ibarat nya diri ni.
Aku memang suka lari dari pandangan orang.. Tapi tak bermakna aku sombong..
Aku memang suka duduk senyap2 perhatikan orang.. Tapi tak bermakna aku stalker..
Aku memang suka sorok macam2 benda tentang diri sendiri.. Tapi tak bermakna aku kedekut..
Yang penting, apa pun yang aku buat, apa pun yang aku tau, apa dimana siapa bagaimana tak kesahla apa2 pun la, aku tau, aku mencari keredhaanMu ya Tuhan...
Assalamualaikum...
"KEMBARA ini mengajarku bahawa rezeki tidak akan dapat diambil oleh orang lain, maka aku perlu bertenang dan tidak perlu menyibuk dengan rezeki orang lain...
KEMBARA ini juga mengajarku bahawa amal ibadatku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku mesti hiasi kehidupanku dengan amal soleh...
KEMBARA ini juga menyatakan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan pengembaraanku, maka aku mesti menjadi pemandu arah yang memilih jalan yang benar...
KEMBARA ini takkan berakhir meskipun kematian tidak pernah berhenti menungguku, kerna kematian itu akan menjadi permulaan bagi KEMBARA yang kekal selama-lamanya..."