"KEMBARA ini mengajarku bahawa rezeki tidak akan dapat diambil oleh orang lain, maka aku perlu bertenang dan tidak perlu menyibuk dengan rezeki orang lain...
KEMBARA ini juga mengajarku bahawa amal ibadatku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku mesti hiasi kehidupanku dengan amal soleh...
KEMBARA ini juga menyatakan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan pengembaraanku, maka aku mesti menjadi pemandu arah yang memilih jalan yang benar...
KEMBARA ini takkan berakhir meskipun kematian tidak pernah berhenti menungguku, kerna kematian itu akan menjadi permulaan bagi KEMBARA yang kekal selama-lamanya..."

Selasa, 27 November 2012

Kembara: 1st anniversary

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik, dah setahun dah rupanya diri ni bergelar suami orang. Dah berbini ni lain sikit gaya hidupnya. Dah tak boleh nakal sangat macam dulu. Kalau dulu balik pukul 2 3 pagi. Tapi sekarang sebelum maghrib dah sampai rumah dah. Maklum lah, bukan takut bini, tapi sayang bini. Tambahan pula tengah dalam proses memanjangkan zuriat ni, kene lah masuk tido awal selalu. Hahahaha

Semalam, 26 November 2012, genaplah setahun kalendar kami berkahwin. Walaupun isteri tak sihat sangat sebab baru lepas cuci rahimnya, namun, kami tetap dapat menyambutnya dalam suasana ringkas dan penuh senyuman. Kalau ikutkan, kami plan nak pergi tengok wayang dan jalan-jalan cari makan dari pagi sampai ke malam. Tapi, oleh kerana kesihatannya tak mengizinkan, so, sambut sikit2 la.

Pagi2 lagi aku dah keluar pergi Muar. Hujung minggu dihabiskan di rumah mertua supaya dia boleh berehat bersama keluarganya. Pergi Muar bayar bil2 bulanan kami, then terus pegi Bukit Gambir belikan dia kek untuk menyambut anniversary kami..ok la tu...

Sampai kat kedai kek, aku mintak kek yang paling mahal sekali. So amoi tu pun bagi la satu kek chocolate moiser ni. Nampak cantik n mahal. Tapi bila tanya berapa harga... RM48.00..
Hahaha.. untungnya siapa yang duduk kat area sana. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Rasanya kek pun ada lagi ni, tak habis makan lagi..hihihi..



Selasa, 20 November 2012

Kembara - Ujian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hari yang sangat menyedihkan...Itu lah kesimpulan yang boleh dibuat sepanjang hari ini.. Mana tidaknya, melihat air mata mengalir di pipi isteri tercinta cukup membuatkan hati seorang suami sebak dan pilu.. Tapi, apakan daya, seperti tajuk di atas, hidup ini takkan lari dari sebarang dugaan dan ujian. 

Itulah Kembara. Kita takkan sentiasa melalui jalan yang mudah dalam pengembaraan kehidupan kita. Kadangkala kita akan bertemu sungai, lautan, bukit, gunung, semak, hutan, belum kira terserempak dengan hidupan-hidupan yang pelik2 samada jinak mahupun buas. 

Simboliknya, ada pepatah yang berbunyi, "Ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengahari..".. Kembara bagi setiap insan membuktikan bahawa tak semua yang kita sangkakan indah akan kekal indah selama-lamanya..

Hampir 1 tahun kehidupan bersama isteri, kami tidak dikurniakan cahaya mata. Bila rakan-rakan bertanya, jawapannya adalah, "belum ada rezeki lagi.." atau pun, "Tuhan belum nak bagi lagi..".. Tapi Kembara ini tidak pernah sunyi, tak pernah bosan mahupun sedih..kami sangat bahagia dan sangat menikmati keindahan dunia rumah tangga kami. Sehinggalah pada bulan September yang lepas, kami mendapat berita yang sangat menggembirakan.. BABY.. Ya! Isteri dah mengandung.. Syukur alhamdulillah...

Setiap hari dunia kami riuh rendah dengan gelak tawa, ditambah dengan perasaan teruja untuk menerima cahaya mata yang pertama..Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kepada kami perasaan yang sungguh indah!

Tapi, hari ni, semuanya berubah... 
Doktor mengesahkan yang kandungan iseriku ada masalah. Kantungnya ada, tapi baby nya seperti tiada respon. Dari minggu ke 6 hingga minggu ke 8, tiada perubahan dari segi saiznya. Dan selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor pakar, doktor menyatakan bahawa kandungan perlu dibuang atau dibersihkan. Kira macam cuci rahim balik. Walaupun pembedahannya berisiko rendah, namun sedikit sebanyak meragut senyuman yang ada di wajah isteriku, sekaligus merentap keceriaan hidup ku..

Walau apa sekalipun yang berlaku, kepada isteriku, tabah lah menghadapi setiap dugaan dan ujian ini. Ia hanya sebahagian dari Kembara yang telah Tuhan tentukan buat kita berdua. Orang yang beriman akan sentiasa redha dengan apa jua yang telah dirancangkan oleh Tuhan. Semoga pengorbanan ini dibalas dengan pahala dan kebaikan. Apa yang penting adalah kehidupan yang sihat dan kebahagiaan untuk kita berdua kekal hingga ke akhir hayat. Tak salah untuk kita menangis, itu tidak bermakna kita lemah. Dan kalau kita lemah sekalipun tiada salahnya kerana kita memang makhluk yang lemah. Apa yang boleh kita lakukan, teruskan usaha dan berdoa pada yang Maha Berkuasa untuk kehidupan yang lebih bahagia.

Mohonlah agar pengembaraan kita akan menjadi pengembaraan yang sentiasa dibawah keredhaanNya. Amin..

Rabu, 14 November 2012

Kembara di Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Melaka Bandaraya Teknologi Hijau (pergghh...mcm nak bagi speech masa perhimpunan kat KAYM pulak...)

Untuk entry kali ni ringkas je..just nak berkongsi gambar mereka yang sama-sama berjuang dengan saya di Syarikat Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd. Mereka adalah ex-officemate saya yang terbaek dan takkan saya lupakan sampai bila-bila..

                                                         ni masa annual dinner di hotel EQ


                                                                       Retro people


                                                      Rakan seperjuangan dalam SEGAR
                                                (ada lagi yang lain tapi tiada dalam gambar)


                                                          Thank you BOSSSSSSS.......


                                                                      Finance!!!!!!!


                                                           Finance department lagi!!!!!
                                (kualiti gambar ni teruk sikit bila upload..dlm kamera nmpak ok je..)


                                                  Bangunan kebanggaan Selia Selenggara


                                    Keadaan mukabumi di meja saya sebelum meninggalkan Selia

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsi, tapi oleh kerana proses upload gambar di blog ni sangatlah melemaskan, kadang2 jadi, kadang2 keluar kaler lain..hmmm mata dah mengantuk ni... Ok lah, at least dapatlah sedikit sebanyak berkongsi Kembara saya di Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd. Thank you guys!






Isnin, 5 November 2012

Kerja yang menyeronokkan!

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Yes! Memang blog ni sangatlah bersawang dan berhabuk.. Sangatlah susah nak cari masa untuk update apa-apa cerita dalam blog ni.. (yang sebenarnya kalau dah nama pun pemalas, buat apa pun tak jadi)..

Ok, so sekarang ni saya dah jadi pensyarah.. Satu bidang yang pastinya kalau kawan2 lama tahu dorang confirm ingat aku ni dah gila.. Hahaha.. Memang tak sesuai.. Tapi bak kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?"..

Ternyata selepas memberikan peluang pada diri sendiri untuk mencuba bidang yang baru ni, alhamdulillah, makin lama makin serasi.. Setiap hari akan ada situasi baru yang dilalui dan saya akui seiap pengalaman bersama pelajar2 saya menjadikan saya lebih matang dan enjoy untuk bekerja setiap hari...

Pendek kata, kerja disini memang enjoy, kurang sikit tahap tekanannya, dan yang paling best, hari-hari boleh dapat pahala sebab mengajar orang lain ilmu yang kita tahu.. Saya juga berpendapat bahawa pekerjaan yang mempunyai matlamat yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Hari ni mungkin saya ajar anak orang dengan ikhlas dan sempurna, esok lusa mungkin orang lain pula yang akan mengajar anak saya dengan cara yang sama..

Walau apa sekalipun, saya suka dengan kerja saya, pelajar2 saya, suasana kolej saya, dan masa kerja saya.. So, untuk next entry saya akan kongsikan dengan satu dunia warna warni pelajar2 saya untuk semester ni.. Mereka sekarang dah study week, next week dah start final exam..

All the best to all of you!