"KEMBARA ini mengajarku bahawa rezeki tidak akan dapat diambil oleh orang lain, maka aku perlu bertenang dan tidak perlu menyibuk dengan rezeki orang lain...
KEMBARA ini juga mengajarku bahawa amal ibadatku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku mesti hiasi kehidupanku dengan amal soleh...
KEMBARA ini juga menyatakan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan pengembaraanku, maka aku mesti menjadi pemandu arah yang memilih jalan yang benar...
KEMBARA ini takkan berakhir meskipun kematian tidak pernah berhenti menungguku, kerna kematian itu akan menjadi permulaan bagi KEMBARA yang kekal selama-lamanya..."

Selasa, 20 November 2012

Kembara - Ujian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hari yang sangat menyedihkan...Itu lah kesimpulan yang boleh dibuat sepanjang hari ini.. Mana tidaknya, melihat air mata mengalir di pipi isteri tercinta cukup membuatkan hati seorang suami sebak dan pilu.. Tapi, apakan daya, seperti tajuk di atas, hidup ini takkan lari dari sebarang dugaan dan ujian. 

Itulah Kembara. Kita takkan sentiasa melalui jalan yang mudah dalam pengembaraan kehidupan kita. Kadangkala kita akan bertemu sungai, lautan, bukit, gunung, semak, hutan, belum kira terserempak dengan hidupan-hidupan yang pelik2 samada jinak mahupun buas. 

Simboliknya, ada pepatah yang berbunyi, "Ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengahari..".. Kembara bagi setiap insan membuktikan bahawa tak semua yang kita sangkakan indah akan kekal indah selama-lamanya..

Hampir 1 tahun kehidupan bersama isteri, kami tidak dikurniakan cahaya mata. Bila rakan-rakan bertanya, jawapannya adalah, "belum ada rezeki lagi.." atau pun, "Tuhan belum nak bagi lagi..".. Tapi Kembara ini tidak pernah sunyi, tak pernah bosan mahupun sedih..kami sangat bahagia dan sangat menikmati keindahan dunia rumah tangga kami. Sehinggalah pada bulan September yang lepas, kami mendapat berita yang sangat menggembirakan.. BABY.. Ya! Isteri dah mengandung.. Syukur alhamdulillah...

Setiap hari dunia kami riuh rendah dengan gelak tawa, ditambah dengan perasaan teruja untuk menerima cahaya mata yang pertama..Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kepada kami perasaan yang sungguh indah!

Tapi, hari ni, semuanya berubah... 
Doktor mengesahkan yang kandungan iseriku ada masalah. Kantungnya ada, tapi baby nya seperti tiada respon. Dari minggu ke 6 hingga minggu ke 8, tiada perubahan dari segi saiznya. Dan selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor pakar, doktor menyatakan bahawa kandungan perlu dibuang atau dibersihkan. Kira macam cuci rahim balik. Walaupun pembedahannya berisiko rendah, namun sedikit sebanyak meragut senyuman yang ada di wajah isteriku, sekaligus merentap keceriaan hidup ku..

Walau apa sekalipun yang berlaku, kepada isteriku, tabah lah menghadapi setiap dugaan dan ujian ini. Ia hanya sebahagian dari Kembara yang telah Tuhan tentukan buat kita berdua. Orang yang beriman akan sentiasa redha dengan apa jua yang telah dirancangkan oleh Tuhan. Semoga pengorbanan ini dibalas dengan pahala dan kebaikan. Apa yang penting adalah kehidupan yang sihat dan kebahagiaan untuk kita berdua kekal hingga ke akhir hayat. Tak salah untuk kita menangis, itu tidak bermakna kita lemah. Dan kalau kita lemah sekalipun tiada salahnya kerana kita memang makhluk yang lemah. Apa yang boleh kita lakukan, teruskan usaha dan berdoa pada yang Maha Berkuasa untuk kehidupan yang lebih bahagia.

Mohonlah agar pengembaraan kita akan menjadi pengembaraan yang sentiasa dibawah keredhaanNya. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan